AS didakwa enggan keluar visa diplomat Rusia

Duta Besar Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia./Reuters

NEW YORK, 27 Mei – Amerika Syarikat (AS) didakwa enggan mengeluarkan visa kepada Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Alimov untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nebenzia menyifatkan sekatan itu sebagai pelanggaran obligasi AS di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB.
  • Beliau membangkitkan isu itu semasa sidang Majlis Keselamatan yang dipengerusikan Wang Yi.
  • Jabatan Negara AS tidak memberikan maklum balas segera berhubung kenyataan wakil Kremlin.
  • Nebenzia menegaskan akses ke ibu pejabat PBB mesti diberi kepada semua pegawai negara anggota tanpa pengecualian.

Duta Besar Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia menyifatkan sekatan tersebut sebagai pelanggaran nyata terhadap obligasi Washington bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB.

Nebenzia membangkitkan isu berkenaan ketika sidang UNSC yang dianggotai 15 negara anggota, yang dipengerusikan oleh Menteri Luar China, Wang Yi.

“Delegasi Rusia sepatutnya diwakili oleh Alexander Alimov yang menyelia hal ehwal berkaitan PBB atas jemputan Wang Yi. Walau bagaimanapun, di sebalik segala usaha kami untuk memujuk pihak AS, visa tersebut akhirnya tetap tidak diberikan,” katanya.

Jabatan Negara AS bagaimanapun tidak memberikan maklum balas segera berhubung kenyataan wakil Kremlin itu apabila diajukan soalan oleh media.

Mengulas lanjut, Nebenzia menegaskan bahawa bawah perjanjian antarabangsa berkenaan, akses ke ibu pejabat PBB di New York wajib diberikan kepada semua pegawai negara anggota tanpa sebarang pengecualian. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.