
KATHMANDU, 7 Sept – Angka korban akibat kejadian tanah runtuh berpunca daripada runtuhan ais dan batuan di Nepal pada 26 Ogos lalu kini melonjak kepada 1,350 orang.
- Polis Nepal mengesahkan 1,353 mayat ditemui setakat pukul 8 malam Ahad.
- Sebanyak 9,159 mangsa yang cedera diselamatkan menerusi operasi menyelamat besar-besaran.
- 3,190 mangsa kini ditempatkan di pusat penempatan sementara.
- Pihak berkuasa mempertingkat pengecaman identiti menerusi ujian DNA untuk mempercepat penyerahan mayat kepada waris.
Polis Nepal mengesahkan berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, sebanyak 1,353 mayat berjaya ditemukan setakat pukul 8 malam waktu tempatan pada Ahad.
Jurucakapnya, Abi Narayan Kafle memaklumkan seramai 9,159 mangsa yang cedera berjaya diselamatkan menerusi operasi menyelamat secara besar-besaran.
“Daripada jumlah tersebut, 3,190 mangsa kini ditempatkan di pusat penempatan sementara,” katanya.
Beliau menambah, pihak berkuasa kini mempertingkat usaha proses pengecaman identiti mangsa menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mempercepat urusan penyerahan mayat kepada waris.- REUTERS