
MOSCOW, 2 April – Angka korban akibat banjir yang melanda beberapa wilayah di Afghanistan sejak 25 Mac meningkat kepada 48 orang, manakala 73 lagi cedera, lapor Sputnik/RIA Novosti.
- Dalam 24 jam lalu, enam maut dan tujuh cedera akibat hujan, banjir dan tanah runtuh.
- Banjir memusnahkan 139 bangunan kediaman dan merosakkan 394 bangunan lain.
- Lebih 1,000 keluarga terjejas akibat banjir dalam tempoh 24 jam lalu.
- Direktorat Meteorologi ramal hujan lebat dan banjir dijangka melanda 33 daripada 34 wilayah.
”Setakat ini, 48 orang maut dan 73 lagi cedera akibat hujan, banjir dan tanah runtuh.
”Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, enam orang maut dan tujuh lagi cedera,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan (ANDMA), Mohammad Youssef Hammad pada Khamis.
Dalam tempoh 24 jam lalu, banjir telah memusnahkan 139 bangunan kediaman dan merosakkan 394 bangunan lain, tambah beliau.
“Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 1,000 keluarga terjejas akibat banjir,” katanya.
Direktorat Am Meteorologi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Afghanistan memaklumkan bahawa hujan lebat dan banjir dijangka melanda 33 daripada 34 wilayah negara itu dalam beberapa hari akan datang.-BERNAMA