11 maut dalam kemalangan bas, lori balak di Turkiye

Rakaman udara di lokasi kejadian kemalangan di lebuh raya Istanbul-Orhangazi-Izmir pada Ahad/ Viory

ANKARA, 12 Oktober- Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 26 lagi cedera selepas sebuah bas bertembung dengan lori muatan balak di wilayah Manisa, Turkiye, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan berlaku di lebuh raya Istanbul-Orhangazi-Izmir, daerah Akhisar kira-kira pukul 11.00 pagi waktu tempatan.
  • Rakaman udara menunjukkan bas dan lori terbalik; polis, pasukan pertahanan awam dan kru ambulans dikerahkan membantu mangsa.
  • Media tempatan melaporkan bas milik My World Tour terbalik akibat perlanggaran, manakala lori terbabas keluar dari jalan raya.

Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Istanbul-Orhangazi-Izmir, daerah Akhisar kira-kira pukul 11.00 pagi waktu tempatan.

Rakaman udara di lokasi kejadian menunjukkan bas dan lori berkenaan terbalik, manakala anggota polis, pasukan pertahanan awam dan kru ambulans dikerahkan untuk membantu mangsa.

Media tempatan melaporkan bas milik syarikat My World Tour itu terbalik akibat perlanggaran sebelum terhenti dalam keadaan mengiring, manakala lori terbabas keluar dari jalan raya.

Menurut laporan Institut Statistik Turkiye yang dikeluarkan pada 6 Mei lalu, seramai 6,035 orang maut dalam kemalangan jalan raya di negara itu sepanjang 2025. -Viory

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.