
GENEVA, 11 Oktober – Sekurang kurangnya 109 migran termasuk 15 kanak kanak maut, manakala kira kira 116 lagi hilang selepas sebuah bot karam di perairan Djibouti pada malam 8 hingga 9 Oktober lalu.
- Bot yang membawa migran dari Djibouti ke Yaman terbalik di utara bandar Obock, menurut keterangan mangsa terselamat.
- Pasukan IOM bekerjasama dengan pihak berkuasa Djibouti untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terselamat.
- IOM berkata kemiskinan, ketidakamanan dan perubahan iklim mendorong ramai migran menyeberangi Selat Bab el Mandeb ke Yaman.
Menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), bot yang membawa 350 individu dari Djibouti menuju ke Yaman itu terbalik di utara bandar Obock, berdasarkan keterangan mangsa yang terselamat.
Ketua Misi IOM di Djibouti, Alexandre Coissac menyifatkan kejadian itu sebagai kehilangan nyawa yang amat menyedihkan.
Beliau berkata, pasukan IOM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Djibouti untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terselamat.
Daripada 109 mayat yang ditemukan, 52 ialah lelaki, 42 wanita dan 15 kanak kanak, terdiri daripada sembilan perempuan dan enam lelaki.
Lebih 80 individu terselamat daripada tragedi itu dan kesemuanya merupakan warga Ethiopia.
IOM berkata kemiskinan, ketidakamanan dan kesan perubahan iklim mendorong ramai migran mengambil risiko menyeberangi Selat Bab el Mandeb ke Yaman sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara Teluk, meskipun ketidakstabilan di Asia Barat semakin meruncing.-AFP