10 maut, tiga hilang dalam tragedi tanah runtuh berlumpur

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan membabitkan kira-kira 150 anggota. Foto/AFP

ZAMORA CHINCHIPE, 8 JULAI – Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh berlumpur yang menimbus kawasan kejiranan Cantzama di selatan Ecuador pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan melibatkan kira-kira 150 anggota termasuk bomba, tentera, polis, pasukan khas dan sukarelawan.
  • Setakat ini, pasukan penyelamat telah menemukan satu mayat dalam operasi tersebut.
  • Semua aset dan tenaga kerja digerakkan: trak pengangkut, jengkaut, jentolak dan jentera lain bagi mempercepatkan usaha menyelamat.
  • Lebih kurang 50 rumah rosak atau musnah, sekitar 300 penduduk terjejas; pihak berkuasa kaitkan limpahan Sungai Zamora, penduduk dakwa Sungai Cantzama.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan membabitkan kira-kira 150 anggota terdiri daripada bomba, tentera, polis, pasukan khas serta sukarelawan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Setakat ini, pasukan penyelamat telah menemukan satu mayat dalam operasi tersebut.

Ketua Kerja Raya Wilayah Zamora Chinchipe, Diego Paqui berkata, semua aset dan tenaga kerja digerakkan bagi mempercepatkan usaha menyelamat.

“Kami berada di sini dengan jentera, trak pengangkut, jengkaut, jentolak serta anggota yang bertungkus-lumus tanpa mengira masa bagi membantu operasi ini dan memberikan hasil terbaik kepada penduduk wilayah ini,” katanya.

Sekretariat Pengurusan Risiko Kebangsaan memaklumkan kira-kira 50 rumah rosak atau musnah, manakala sekitar 300 penduduk terjejas akibat bencana itu.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa mengaitkan punca kejadian dengan limpahan Sungai Zamora, namun penduduk mendakwa kejadian berpunca daripada Sungai Cantzama yang melimpah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.