fb fb fb fb fb

SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS

Presiden SAMENTA, Datuk William Ng

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) mencadangkan penubuhan Dana Wawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan pembiayaan awal berjumlah RM1 bilion.

Presidennya, Datuk William Ng berkata, dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam tawaran awam permulaan (IPO) baharu.

Setiap syarikat boleh diperuntukkan dana RM50,000 sehingga RM1 juta berdasarkan kriteria diputuskan oleh pengurus dana.

Jelasnya, dana tersebut akan membantu penilaian harga saham syarikat dan memberi keyakinan kepada PKS untuk disenaraikan.

Pada masa sama, memberi peluang kepada rakan kongsi dana memanfaatkan sektor PKS.

Beliau turut menyambut baik pelancaran Pelan Hala Tuju 5 Tahun untuk Memangkin Akses PMKS ke Pasaran Modal, oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; SC, semalam.

Komitmen untuk meningkatkan kecairan dan nilai pasaran saham bagi PKS tersenarai, terutama dalam pasaran LEAP juga adalah langkah yang amat dialu-alukan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE