fb fb fb fb fb

Proton catat jualan 114,708 unit kenderaan pada 2021, tertinggi sejak 2014



KUALA LUMPUR, 4 Januari - Proton Holdings Berhad mencatat jualan sebanyak 114,708 unit kenderaan sepanjang tahun lalu, sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak tahun 2014.

Syarikat pengeluar kereta itu merekodkan pertumbuhan jualan bagi tahun ketiga berturut-turut disebalik anggaran jumlah Jualan Keseluruhan Industri (TIV) yang rendah.

"Saga menjadi model paling laris terjual sepanjang tahun lalu sebanyak 42,627 unit diikuti X50, X70 dan Exora.

Jualan antarabangsa pula merekodkan 3,108 unit meningkat 100%, sekaligus menempatkan Proton sebagai jenama automotif terlaris dari segi eksport," menurut kenyataan syarikat pengeluar kereta Malaysia itu.

Menerusi penambahan aktiviti pasang siap di luar negara dan kelonggaran sekatan perdagangan, PROTON yakin penambahan jualan eksport akan berterusan untuk beberapa tahun akan datang.

Media Baharu