fb fb fb fb fb

Pengeluaran getah asli Malaysia menurun pada Februari

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 April- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 2 peratus pada Februari 2024 kepada 29,691 tan metrik berbanding 30,287 tan metrik, Januari tahun sama.

Namun, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan pengeluaran getah asli Malaysia pada Februari 2024 disumbang oleh sektor pekebun kecil dan sektor estet.

"Jumlah stok getah asli juga meningkat 11.8 peratus kepada 229,719 tan metrik berbanding 205,498 tan metrik pada Januari 2024.

"China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 52.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Februari 2024, diikuti Jerman, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan India," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM