fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex).

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 meningkat kepada US$2,069.20 setiap auns troy daripada US$2,062.20 setiap auns troy pada Selasa, manakala Januari 2024 bertambah kepada US$2,079.20 daripada US$2,072.20 sebelumnya.

Kontrak untuk Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$2,088.90 setiap auns troy daripada US$2,081.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 236 lot daripada 106 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 451 kontrak daripada 321 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,041.70 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 21 Dis, 2023.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN