KUALA LUMPUR, 12 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan itu, data itu boleh membuka jalan kepada penurunan kadar faedah yang akan dilaksanakan oleh Rizab Persekutuan Fed AS.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 turun kepada US$2,186.00 setiap auns troy daripada US$2,186.10 setiap auns troy ketika ditutup pada Isnin.
Kontrak bulan semerta April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi pada US$2,196.00 setiap auns troy daripada US$2,196.40 setiap auns troy sebelum itu.
Jumlah dagangan meorosot kepada tiga lot daripada 13 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka susut kepada 37 kontrak berbanding 39 kontrak sebelumnya.
Menurut London Bullion Market Association pada 11 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,180.50 setiap auns troy.- BERNAMA