fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 dan April 2024 naik 13.0 mata masing-masing kepada 1,540.0 dan 1,541.5, Jun 2024 meningkat 12.5 mata kepada 1,545.0, dan September 2024 menokok 13.5 mata kepada 1,536.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11,776 lot daripada 6,208 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 63,017 kontrak daripada 57,242 kontrak sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI menokok 9.85 mata kepada 1,554.56 daripada paras penutup 1,544.71 pada Isnin.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM