KUALA LUMPUR, 30 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga yang lebih kukuh di COMEX Amerika Syarikat (AS).
Kontrak bulan semerta Disember 2025 susut kepada US$4,371.4 setiap auns troy daripada AS$4,467.40 pada Isnin, Januari 2026 turun kepada US$4,392.6 setiap auns troy daripada AS$4,486.5 dan kontrak Februari 2026 merosot kepada AS$4,408.1 setiap auns troy daripada AS$4,502.
Kontrak Mac 2026 susut kepada AS$4,424.8 setiap auns troy daripada AS$4,518.70 pada Isnin, manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih rendah kepada AS$4,442.8 setiap auns troy daripada AS$4,536.70 setiap auns troy.
Jumlah dagangan merosot kepada 130 lot berbanding 151 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 176 kontrak daripada 209 kontrak sebelumnya.
Menurut penetapan Persatuan Pasaran Bullion London pada 29 Disember 2025 emas fizikal berharga AS$4,337.05 setiap auns troy. -BERNAMA