fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah, emas Comex terus lemah

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan prestasi lemah berterusan yang dialami niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex).

Pada penutupan dagangan, Oktober 2023 susut kepada US$1,827.20 setiap auns troy daripada US$1,829.80 semasa ditutup pada Rabu, manakala November 2023 turun kepada US$1,834.70 setiap auns troy daripada US$1,837.30.

Disember 2023 berkurangan kepada US$1,845.20 setiap auns troy daripada US$1,847.80 semalam.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024 and April 2024 masing-masing ditutup pada US$1,853.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 14 lot daripada 68 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 137 kontrak daripada 181 kontrak.

Harga emas fizikal pada US$1,818.95 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada sebelah petang 4 Okt, 2023.- BERNAMA

(Foto hiasan)

Media Baharu