KUALA LUMPUR, 22 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh prestasi dolar AS yang lebih kukuh.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 turun kepada US$2,171.30 setiap auns troy daripada US$2,208.60 setiap auns troy pada Khamis.
Kontrak April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,181.20 setiap auns troy berbanding US$2,218.80 setiap auns troy.
Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 45 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 58 kontrak daripada 83 kontrak sebelumnya.
Menurut London Bullion Market Association pada 21 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,170.50 setiap auns troy.- BERNAMA