fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR ditutup tidak diniagakan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan hari ini.

Kontrak bulan semerta April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan September 2024 semuanya berada pada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Pada penetapan 11 pagi, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.57 peratus di pasaran tunai. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF