KUALA LUMPUR, 30 Disember -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM40.18 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM20.53 bilion.
Pada hari ini, BNM akan mengendalikan satu tender repo berbalik semalaman bagi tempoh tujuh hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM41.2 bilion dan RM20.5 bilion bagi tender semalaman Murabahah. - BERNAMA