KUALA LUMPUR, 4 Julai- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM21.21 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.70 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini, BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik, merangkumi RM2.2 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari dan RM1 billion untuk 94 hari serta tender repo berbalik Islam berjumlah RM200 juta bagi 31 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender sehingga RM25.9 bilion melalui tender semalaman konvensional dan menerusi lelongan murabahah semalaman.- BERNAMA