fb fb fb fb fb

Malaysia dijangka kekal sebagai peneraju hub infrastruktur digital Asia

Gambar Hiasan - Foto /Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Malaysia dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju hab bagi pelaburan infrastruktur digital di Asia Tenggara.

Menurut BMI, unit di bawah Fitch Solutions, Johor diramal menjadi destinasi utama untuk pelaburan pusat data di negara ini.

Kemasukan pelaburan itu didorong oleh zon ekonomi Singapura (SEZ) baharu, yang berkemungkinan menggalakkan pembukaan lebih banyak taman perindustrian dan pemerolehan kawasan untuk membangunkan pusat data baharu.

''Anggaran kami menunjukkan lebih 3.2 gigawatt (GW) kapasiti dirancang memasuki pasaran Malaysia, diikuti Indonesia dengan 1.8GW dan Filipina pula agak ketinggalan dengan kapasiti di bawah 180 megawatt," jelas BMI dalam satu kenyataan.

''Alibaba Cloud akan meningkatkan kehadirannya di Asia Tenggara menerusi rancangan pembangunan pusat data di Malaysia dan Filipina.

''Ia juga dijangka menyokong ekonomi digital rantau ini yang berkembang pesat dan memacu penggunaan perkhidmatan terknologi awan dalam kalangan perniagaan tempatan,'' katanya.

Sementara itu, tarif tenaga baharu dijangka hanya memberi cabaran jangka pendek untuk projek pusat data di negara ini, disokong permintaan untuk pengkomputeran awan yang kekal kukuh.

"Sesetengah platform pusat data akan menilai semula permintaan daripada penggunaan bukan berkaitan kecerdasan buatan, bagi mengelakkan caj tarif,'' jelas kenyataan sama.##

ASHRIQ FAHMY AHMAD