fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu, BNM menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo terbalik, qard dan Bil Islam Antara Bank BNM.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini jatuh kepada RM26.41 bilion berbanding RM28.63 bilion yang dicatatkan semasa minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susut kepada RM17.85 bilion daripada RM19.66 bilion sebelum ini.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 21 Mac.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN