fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 27 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di COMEX New York Mercantile Exchange semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2023 susut kepada US$1,897.40 setiap auns troy daripada US$1,914.30 setiap auns troy pada Selasa manakala Oktober 2023 merosot kepada US$1,906.40 setiap auns troy daripada US$1,923.40 setiap auns troy.

Kontrak November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$1,914.40 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 68 lot daripada 36 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 130 kontrak daripada 102 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,907.05 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 26 Sept.- BERNAMA


(Foto hiasan)

Media Baharu