fb fb fb fb fb

Momentum transformasi ekonomi negara dijangka terus meningkat sepanjang 2024

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Momentum transformasi ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat sepanjang 2024.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia mencerminkan asas kewangan yang stabil disokong dasar yang kukuh.

Beliau berkata, naratif pembaharuan dilakukan kerajaan juga berjaya menarik lebih banyak pelaburan ke dalam pasaran modal domestik.

"Pertumbuhan 4.2 peratus yang memberangsangkan pada suku pertama 2024 bukti dasar dan pengurusan ekonomi yang berkesan.

"Kami optimis keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dalam julat ramalan rasmi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa, Institut Akauntan Malaysia, 2024 di ibu negara.

Tambah Amir Hamzah, indikator positif juga ditunjukkan indeks penanda aras FBM KLCI yang mencapai paras tertinggi baharu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN