fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.43 bilion daripada RM25.60 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM16.44 bilion daripada RM20.52 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga tahun.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM27.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.4 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.02 peratus setakat 10 Jun. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA