fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki penurunan niaga hadapan serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur menyusut pada Selasa susulan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, disebabkan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kemeorosotan pengeluaran getah asli tempatan dalam persekitaran bekalan getah yang terhad, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peniaga pasaran sentiasa memantau dengan teliti data ekonomi AS yang penting dan hasil mesyuarat dasar monetari AS minggu ini.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 9.5 sen kepada 850 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 2 sen kepada 798 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi fizikal SMR 20 berada pada 843 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 796.50 sen sekilogram. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI