fb fb fb fb fb

MDV sasar RM700 juta agihan pembiayaan tahun ini

Ketua Pegawai Perniagaan MDV, Marazizi Omar

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) menyasarkan agihan pembiayaan berjumlah RM700 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaannya, Marazizi Omar berkata, jumlah itu bakal memanfaatkan lebih 50 syarikat berasaskan teknologi.

Peningkatan pembiayaan berbanding RM600 juta diluluskan tahun lalu itu, selari peluasan pembiayaan kepada syarikat daripada sektor baharu.

Antaranya, syarikat yang terlibat dalam tenaga hijau, tenaga sisa buangan serta syarikat pemula.

"Ada juga yang menyangka kita membiayai syarikat yang dimiliki oleh orang Malaysia sahaja, itu tidak benar, kita membenarkan peluang kolaborasi atau perkongsian.

"Ada keperluan untuk teknologi dan kepakaran dibawa masuk untuk membangunkan satu teknologi baharu di negara ini,"katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2022, anak syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) ini telah membiayai 1,094 syarikat dan projek teknologi bernilai RM13.4 bilion.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE