fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil dengan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM32.01 bilion daripada RM33.49 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan menjadi RM19.80 bilion daripada RM20.52 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional RM32 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM19.80 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus setakat 11 Okt.- BERNAMA

(Foto hiasan)

Media Baharu