fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Kadar jangka pendek antara bank dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, BNM menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melaksanakan pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard, tender Bil Islam Antara Bank BNM (BNIBI) dan Bil Antara Bank BNM (BNIB).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM39.77 bilion berbanding RM43.31 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM32.46 bilion daripada RM23.34 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus menjelang 28 Disember.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM