fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM28.66 bilion dan RM28.58 bilion dalam dana Islam / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM28.66 bilion dan RM28.58 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan tender pasaran wang konvensional RM500 juta selama tujuh hari dan dua tender Qard melibatkan sejumlah RM500 juta (tujuh hari) serta RM200 juta (14 hari).

Ia juga akan mengadakan dua tender repo berbalik berjumlah RM1 bilion, masing-masing untuk jangka masa 31 hari dan 91 hari.

Selain itu, BNM akan menerbitkan Bil Antara Bank Bank Negara pada 14 Dis 2023, berjumlah RM1.5 bilion selama 32 hari selain mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM30.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM27.9 bilion.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN