fb fb fb fb fb

Dokumen RMKe-13 ringkas tetapi menyeluruh, mirip RMK1 - Rafizi

Foto RTM

SEPANG, 5 September - Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13) akan dirangka dengan pendekatan berbeza, menjadikannya dokumen strategik yang lebih ringkas, namun menyeluruh.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ia mirip kepada rancangan pembangunan ekonomi negara yang pertama dengan setiap pernyataan menumpukan kepada hala tuju dasar tertentu.

"Keutamaannya ialah tumpuan kepada cabaran-cabaran ekonomi dan juga reformasi dan preskripsi dasar untuk menangani cabaran tersebut dan proses yang kita akan tekankan juga ialah supaya penglibatan seluruh lapisan masyarakat itu lebih menyeluruh,'' katanya dalam sidang media Persidangan Permulaan RMKe-13 di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, transformasi lanjut diperlukan untuk mengekalkan kelebihan daya saing dan daya tahan dalam dunia yang semakin mencabar.

Kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi radikal, berani dan transformatif yang akan memperkukuh asas ekonomi negara.

Ini seterusnya membolehkan kerajaan menjadi lebih beradaptasi dan responsif kepada keperluan rakyat, kata Rafizi.

Trainee2