fb fb fb fb fb

Boost catat pertumbuhan kukuh, transaksi melebihi RM5.6 bilion pada 2024

Peneraju teknologi kewangan serantau, Boost, mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Peneraju teknologi kewangan serantau, Boost mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata pencapaian itu mencerminkan permintaan tinggi terhadap penyelesaian kewangan digital yang inovatif dan mudah diakses.

“Kami sangat gembira kerana dalam enam bulan pertama, Boost Bank telah mencatat perkembangan memberangsangkan, khususnya dari segi peningkatan deposit. Selain kejayaan bank digital, produk Payflex di Malaysia juga muncul sebagai kisah kejayaan besar kami pada tahun ini.

“Kami turut memperluas penawaran pinjaman kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai sokongan kepada sektor ekonomi penting ini,” katanya dalam taklimat media mengenai laporan tahunan Boost, di sini.

Boost juga berhasrat untuk memperkukuh kehadirannya di Indonesia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaannya.

Dengan ekonomi digital Asia Tenggara yang berkembang pesat, Sheyantha menegaskan komitmen Boost untuk menyediakan solusi kewangan digital yang transformatif dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan pelanggan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN