fb fb fb fb fb

Zoo China nafi guna manusia menyamar beruang matahari

(Tangkap layar video tular/Reuters)

BEIJING, 1 Ogos- Sebuah zoo di bandar Hangzhou, China menafikan pihaknya melakukan penipuan selepas tular rakaman seekor beruang matahari berdiri menggunakan kaki belakangnya persis manusia.

Gelagat haiwan bernama Angela tersebut telah menimbulkan tuduhan dalam talian mengenai ia mungkin bukan beruang, tetapi adalah manusia berkostum.

Selain itu, interaksi haiwan berkenaan dengan sekumpulan pengunjung zoo yang tular di media sosial turut diragui pengguna.

Ramai pengguna memberi maklum balas bahawa postur badan serta kedutan kulit Angela menunjukkan ia sebenarnya manusia.

Bagaimanapun, semua itu disangkal pihak zoo dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Ahad lalu dengan menegaskan beruang matahari di zoo mereka adalah 'tulen' dan haiwan sebenar.

Sebelum ini, sebuah zoo lain di China turut dituduh menipu termasuk disyaki menempatkan seekor anjing berbulu lebat sebagai 'singa Afrika', serta kolam yang penuh balon berbentuk penguin. -AFP

(Kedutan kulit pada belakang haiwan terbabit menimbulkan keraguan/Reuters)

Media Baharu