fb fb fb fb fb

Zoo Athens selamatkan anak harimau putih dipercayai mangsa perdagangan

ATHENS, 18 Mac - Seekor anak harimau putih diselamatkan oleh doktor haiwan Greece, setelah ditinggalkan dalam tong sampah di zoo Athens, dipercayai menjadi mangsa perdagangan.

Anak harimau putih berusia tiga bulan itu ditemui pada 28 Februari di bawah tong sampah tempat letak kereta Taman Zoologi Attica oleh seorang pembersih.

"Ini adalah kali pertama kami menjumpai haiwan yang dibuang di luar zoo kami," kata pengasas zoo Jean-Jacques Lesueur.

"Maksud saya, kami mempunyai beberapa kes haiwan yang dibuang, tetapi biasanya ia adalah haiwan peliharaan terbiar seperti anak anjing, anak kucing, kura-kura ... tetapi harimau? Tidak pernah."

Video kamera keselamatan zoo menunjukkan sebuah kenderaan menuju ke tong sampah pada tengah malam dan pihak berkuasa sedang mengesan nombor plat kenderaan tersebut, kata Lesueur.

Anak harimau putih itu ditemui dalam keadaan kurus dan dehidrasi.

(FOTO REUTERS)

Pemeriksaan x-ray juga menunjukkan terdapat pin logam telah diletakkan di salah satu kaki anak harimau malang itu.

Lesueur berkata Pertubuhan hidupan liar dan kebajikan haiwan antarabangsa telah menghubungi zoo untuk menawarkan bantuan, katanya. - REUTERS

Media Baharu