fb fb fb fb fb

PM Thailand keluarkan dekri bubar parlimen

(FOTO REUTERS)

BANGKOK, 18 Mac - Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha berkata beliau telah mengeluarkan dekri bagi membubarkan Parlimen.

Dekri itu memerlukan kelulusan daripada raja Thailand dan akan berkuat kuasa sebaik sahaja diterbitkan dalam Warta Diraja.

"Saya sudah sediakan (dekri), kita perlu tunggu pengumuman dalam Warta Diraja," kata Prayuth kepada pemberita di bandar utara Chiang Mai.

Apabila ditanya bilakah akan berlaku, dia berkata: "Kami perlu menunggu."

Media tempatan melaporkan perutusan itu mungkin diterbitkan pada 20 Mac.

Dewan Rakyat hanya akan melengkapkan penggal empat tahunnya pada 23 Mac.

Bawah perlembagaan, pilihan raya umum akan diadakan sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran parlimen dan tidak melebihi 60 hari.

Bagaimanapun, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas penggal Dewan Rakyat berakhir pada 23 Mac.

(FOTO AFP)

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pilihan raya selepas pembubaran.

Prayuth dijangka bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walaupun had lapan tahun sebagai perdana menteri berakhir pada 2025.

Prayuth, 68, bekas jeneral tentera mengetuai rampasan kuasa tentera pada 2014, akan bertanding di bawah parti baharu- Parti Negara Thai Bersatu.

Beliau akan bertanding dengan Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dan anak saudara Yingluck. - REUTERS

Media Baharu