fb fb fb fb fb

Sedia hidangan daripada bahan makanan yang dibuang

MALMO, 18 Mac - Sebuah restoran di Malmo, di selatan Sweden menyediakan hidangan hanya menggunakan bahan makanan yang di buang.

Tindakan itu sebagai memberi kesedaran tentang pembaziran makanan dalam kalangan masyarakat.

Pemilik bersama restoran itu, Ellinor Lindblom Mohlin dan Erik Andersson Mohlin berhenti daripada bekerja di restoran bertaraf lima bintang dan memperkenalkan hidangan makanan tengah hari yang dinamakan 'Spill,' bahasa Sweden untuk 'sisa', pada Mei 2018.

Mereka mendapatkan bahan daripada pemborong dan pembekal dari wilayah Skane di selatan Sweden.

Pekerja dapur akan menyaring bahan makanan seawal pukul 7.00 pagi untuk melihat samada ia telah tamat tempoh atau masih boleh digunakan.

(FOTO REUTERS)

Daging, sayur-sayuran dan bahan-bahan lain akan dibuang oleh pembekal walaupun ia selamat untuk dimakan, memandangkan ia hampir dengan tarikh luput atau mempunyai sedikit kerosakan.

Konsep itu mendapat sambutan daripada orang ramai dan pemilik restoran itu bercadang untuk menambah cawangan kedua di Malmo pada 2023.

Agensi perangkaan Kesatuan Eropah, Eurostat menganggarkan hampir 57 juta tan sisa makanan, atau 127 kg bagi setiap penduduk direkodkan pada tahun 2020. - REUTERS

Media Baharu