fb fb fb fb fb

Taufan Melissa, Jamaica siap siaga hadapi 'kemusnahan besar'

Foto REUTERS

KINGSTON, 27 Oktober- Jamaica kini bersiap sedia menghadapi angin kencang, ombak besar dan banjir besar sepanjang Isnin, dengan Taufan Melissa kini diisytihar meningkat kepada Kategori 5.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC), taufan itu berada kira-kira 505 kilometer ke selatan barat daya Guantanamo, Cuba, dengan kelajuan angin maksimum mencecah 260 kilometer sejam (160 batu sejam).

Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness, dalam ucapan khas kepada rakyat berkata Taufan Melissa yang kini berada kira-kira 100 batu di selatan Kingston sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 5 batu sejam dan dijangka beralih ke utara dalam tempoh terdekat.

“Kita kini sudah mula merasai hujan dan keadaan mendung. Berdasarkan penilaian semasa, seluruh Jamaica dijangka terkesan dengan keadaan taufan termasuk hujan lebat dan angin melebihi 100 batu sejam."

“Berdasarkan semua penilaian semasa, walaupun kita terus berdoa agar yang terbaik berlaku, jam demi jam semakin jelas bahawa impak Taufan Melissa mungkin lebih dahsyat berbanding Taufan Hugo, khususnya dari segi jumlah hujan dan banjir.

Kita boleh mengurangkan kerosakan serta mempercepat proses pemulihan dengan mengambil langkah persediaan dan langkah berjaga-jaga sebelum taufan ini melanda. Taufan Melissa dijangka mula melanda daratan pada Selasa,” katanya.

Holness turut memberi amaran bahawa kesan taufan kali ini berpotensi mengatasi Taufan Hugo dari segi jumlah hujan dan tahap banjir.

Beliau turut mengumumkan perintah pemindahan wajib bagi beberapa komuniti di sepanjang pesisir selatan negara itu sebagai langkah keselamatan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM