fb fb fb fb fb

Dunia Multipolar, China Sindir Amerika Syarikat

Foto AFP

BEIJING, 27 Oktober – Dunia kini menuju ke arah "Dunia Multipolar".

Demikian tegas Menteri Luar China, Wang Yi yang dilihat sebagai sindiran halus terhadap Amerika Syarikat AS menjelang pertemuan penting antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump di Korea Selatan Khamis ini, dengan tumpuan menamatkan perang perdagangan antara kedua negara.

Bercakap di sebuah forum di Beijing, Wang menyeru agar segala bentuk pemaksaan ekonomi dan perdagangan yang dibuat pihak-pihak tertentu agar dihentikan serta merta.

Ujarnya ia bukan sahaja tidak beretika malah boleh memecahelahkan pasaran global.

"Tindakan mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan boleh memecahbelahkan pasaran terutama apabila ada pihak yang memanksa negara-negara lain akur dengan kadar tarif," katanya tanpa menamakan mana-mana negara.

Pasaran global kini menantikan hasil pertemuan dua pemimpin itu yang dijangka menjadi penentu kepada hala tuju ekonomi dunia
selepas Trump memperkenalkan tarif besar-besaran sejak kembali ke White House awal tahun ini.

Dalam pada itu, pertemuan antara Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Naib Perdana Menteri China He Lifeng dilaporkan telah mencapai persetujuan awal bagi mengelakkan tarif tambahan sebanyak 100 peratus yang dijadual berkuat kuasa pada 1 November.

Bessent memberitahu media bahawa rundingan itu turut membuka jalan kepada perjanjian perdagangan baharu dalam sektor nadir bumi dan eksport soya Amerika.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN