fb fb fb fb fb

Zirafah simbolik keamanan masyarakat Kenya

Zirafah liar akan dipindahkan ke Konservasi Ruko/ AFP

KENYA, 25 Julai- Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya mengambil inisiatif untuk memindahkan sekumpulan haiwan terancam ke konservasi sekitar 140 kilometer ke timur.

Zirafah itu dipindahkan sementara di ladang di Sergoit bersama-sama tujuh yang lain untuk tempoh penyesuaian kira-kira 10 hari, sebelum dibawa ke habitat baharu.

Zirafah jenis Rothschild adalah subspesies berbeza, dan ditempatkan semula di Ruko Conservancy di Baringo County sebagai sebahagian daripada inisiatif yang dipercayaai sebagai simbolik untuk meredakan ketegangan kaum di sana.

Walaupun Afrika Timur terkenal dengan hidupan liar namun daerah Baringo lebih kerap berlaku pertempuran etnik.

Komuniti Pokot dan Ilchamus di Baringo tidak sefahaman selama beberapa dekad, pertelingkahan mereka kadangkala memuncak menjadi pertempuran bersenjata.

Pada pertengahan tahun 2000 masyarakat Pokot dan Ilchamus mengambil keputusan sendiri dengan melancarkan inisiatif untuk menempatkan semula zirafah Rothschild atau Nubian, ke pusat pemeliharaan Ruko.

Matlamatnya adalah memperkenalkan semula spesies terancam ke kawasan yang telah ditinggalkan sebelum ini, dan memulihkan keamanan kepada kedua-dua komuniti itu.

Inisiatif berkenaan dilihat akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain meningkatkan sektor pelancongan di kawasan itu.

Pengurus Rebby Sebei 34 tahun berkata, inisiatif itu berjaya.

"20 tahun sebelum ini, Pokot dan Ilchamus mengalami konflik yang tercetus kerana kecurian ternakan dan mengakibatkan kehilangan nyawa, ternakan dan menyebabkan penduduk berpindah," katanya kepada AFP.

"Tempat ini menjadi lengang, dahulu lokasi ini adalah medan pertempuran untuk penyamun."

Tetapi kini, zirafah yang ditempatkan itu menjadi simbolik dalam "memastikan keamanan antara kedua-dua komuniti."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI