fb fb fb fb fb

Zionis Israel tembak mati tiga rakyat Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH, 15 April - Tentera Israel menembak mati tiga rakyat Palestin di Tebing Barat, antaranya seorang remaja dan seorang peguam, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Kejadian pada Rabu itu berlaku ketika tentera Israel melancarkan lebih banyak serangan di wilayah itu selepas serangan maut penduduk Arab di Israel.

Kementerian itu berkata tentera Israel menembak dan membunuh seorang remaja berusia 14 tahun dekat Bethlehem.

Tentera Israel berkata remaja itu telah melempar bom petrol ke arah askar, yang "menggunakan peluru hidup untuk menghentikan ancaman segera".

Dalam kejadian berasingan, seorang lagi warga Palestin terbunuh akibat tembakan tentera Israel di Nablus, di jalan utama berhampiran kuil Yahudi.

Mangsa ialah Mohammed Assaf, 34 tahun merupakan seorang peguam yang bekerja di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menuntut hak kebebasan Palestin.

 
(Jenazah Mohammed Assaf yang merupakan seorang peguam di PLO ditembak tentera Israel ketika pertempuran antara tentera Israel dan pemuda Palestin/FOTO Reuters)

Warga Palestin yang ketiga terbunuh dalam pertempuran ketika tentera Israel melakukan serbuan tangkapan awal pagi.

Perkhidmatan keselamatan domestik Shin Bet berkata tiga rakyat Palestin yang merancang melakukan serangan terhadap warga Israel telah diberkas dalam serbuan itu.

Tentera Israel telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat berikutan serangan dua rakyat Palestin dari wilayah itu dan tiga anggota minoriti Arab Israel yang telah membunuh 14 orang di Israel sejak akhir Mac.

Lebih 20 rakyat Palestin, kebanyakannya lelaki bersenjata, telah dibunuh tentera Israel sejak awal Januari. - Reuters

Media Baharu