fb fb fb fb fb

Serangan Israel di Doha cubaan gagalkan rundingan gencatan senjata Gaza - Emir Qatar

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani / Foto Reuters

NEW YORK, 24 September – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani mendakwa serangan Israel awal bulan ini yang menyasarkan pemimpin politik Hamas di Doha merupakan cubaan rejim itu untuk menggagalkan rundingan gencatan senjata di Gaza.

Baginda menyatakan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Serangan berkenaan dikecam secara meluas di Asia Barat dan peringkat antarabangsa kerana dianggap mampu menggagalkan usaha tajaan Amerika Syarikat bagi memeterai gencatan senjata dan menamatkan konflik hampir dua tahun di Gaza. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN