fb fb fb fb fb

Zelenskiy desak pemulangan kanak-kanak Ukraine dari Rusia

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy / Foto Reuters

NEW YORK, 24 September – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menuntut pemulangan segera kanak-kanak Ukraine yang didakwa diculik dan dipindahkan secara haram ke Rusia serta Belarus.

Berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), beliau berkata lebih 19,500 kanak-kanak dipindahkan melanggar Konvensyen Geneva, dengan anggaran sebenar mungkin mencecah 35,000 orang.

“Kita perlukan hasil nyata, iaitu pemulangan semua kanak-kanak Ukraine yang diculik. Tindakan membawa keluar kanak-kanak dan mendidik semula mereka untuk kepentingan negara lain adalah jenayah jelas,” tegasnya.

Perdana Menteri Kanada, Mark Carney turut menyatakan sokongan, menegaskan perjuangan Ukraine adalah perjuangan bersama 42 negara.

Rusia pula menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa pemindahan dilakukan secara sukarela. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN