fb fb fb fb fb

Suspek serangan di Subway New York ditangkap

NEW YORK, 15 April - Lelaki yang disyaki melepaskan bom asap dan tembakan dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York ditahan pada petang Rabu atas tuduhan menyerang secara ganas selepas pencarian besar-besaran oleh pihak berkuasa.

Suspek itu, Frank James, 62, ditahan di Lower Manhattan, kira-kira 13 kilometer dari tempat kejadian pada Selasa lalu.

James yang diwakili dua orang peguam memohon agar dia menjalani penilaian psikiatri.

Sementara itu, Hakim Majistret A.S. Roanne Mann memerintahkan James ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn kerana didakwa melanggar larangan persekutuan ''bagi serangan pengganas dan keganas lain terhadap sistem pengangkutan awam''.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga seumur hidup.

Menurut pihak berkuasa, James mempunyai rekod sembilan tangkapan sebelum ini di New York dan tiga tangkapan di New Jersey.


(Suspek Frank James diiringi oleh polis selepas ditangkap kerana dipercayai serangan tembakan terhadap penumpang kereta api bawah tanah di Brooklyn pada 13 April lalu/FOTO AFP)

Pada kejadian Selasa lalu, James mencederakan seramai 23 orang dalam serangan itu.

10 orang ditembak, lima daripadanya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan stabil.

Manakala, 13 orang lagi cedera akibat asap yang dilepaskan oleh James sebelum melepaskan tembakan secara rambang.

Motif serangan masih tidak jelas, dan siasatan lanjut diteruskan. - AFP

Media Baharu