HONG KONG, 24 September – Imej satelit menunjukkan Taufan Super Ragasa, siklon tropika paling kuat di dunia tahun ini sedang menuju ke arah selatan China selepas melanda utara Filipina pada Isnin.
Balai Cerap Hong Kong memaklumkan Ragasa dengan kelajuan angin mencecah 220 kilometer sejam menimbulkan ancaman serius kepada pantai Guangdong, wilayah yang bersempadan dengan pusat kewangan itu.
Taufan berkenaan dijangka mengekalkan kekuatan super sehingga membadai pesisir Guangdong antara tengah hari hingga lewat Rabu, sekali gus memberi kesan kepada Hong Kong, tanah besar China dan Taiwan.
Pusat Ramalan Alam Sekitar China turut menjangka ombak besar setinggi tujuh meter melanda perairan Guangdong. -REUTERS