fb fb fb fb fb

COVID-19 masih jauh untuk menjadi endemik - WHO

GENEVA, 15 April - COVID-19 masih jauh untuk beralih menjadi endemik.

Sebaliknya virus tersebut masih boleh mencetuskan wabak besar di seluruh dunia.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Michael Ryan.

(Michael Ryan/FOTO AFP)

Beliau berkata, adalah silap untuk menganggap pandemik COVID-19 sudah reda dan menjadi endemik.

"Saya pasti tidak percaya kita telah mencapai apa-apa yang hampir dengan situasi endemik dengan virus ini," kata Ryan dalam sesi soal jawab secara langsung di saluran media sosial WHO.

Ini memandangkan jangkitannya masih tidak menentu dan mampu mencetuskan wabak yang lebih meluas.

"Itu bukan penyakit endemik lagi," katanya.

Beliau turut menjelaskan batuk kering dan malaria sebagai penyakit endemik yang masih boleh membunuh jutaan nyawa setiap tahun.

"Jangan percaya bahawa endemik sama dengan ia berakhir, ringan atau tidak menjadi masalah. Itu tidak berlaku sama sekali," jelas Ryan.-AFP

Media Baharu