fb fb fb fb fb

Zionis Israel lancar lima serangan udara ke selatan Beirut

Kepulan asap menjulang di kawasan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut/Foto REUTERS

BEIRUT, 12 November - Tentera Zionis Israel melancarkan lima serangan udara ke selatan Beirut dan kawasan sekitarnya, pada Selasa.

Menteri Pertahanan Israel menegaskan tiada gencatan senjata akan berlaku di Lubnan sehingga matlamat Israel tercapai.

Tentera Israel memberi amaran pada hari sebelumnya bahawa mereka akan menyerang beberapa lokasi di kawasan yang berhampiran dengan kubu kuat kumpulan Hizbullah.

Setakat ini, tiada korban jiwa dilaporkan. Kebanyakan penduduk telah meninggalkan kawasan tersebut sejak Israel memulakan serangan pengeboman pada bulan September.

Di Israel, siren serangan udara berbunyi di bahagian utara, menyebabkan penduduk lari ke tempat perlindungan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Hizbullah menyatakan bahawa mereka bersedia untuk berperang untuk tempoh jangka masa yang panjang dan melancarkan serangan roket ke atas Israel. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN