fb fb fb fb fb

Zionis Israel kerah puluhan ribu tentera simpanan serang Gaza

Israel juga nekad memusnahkan semua infrastruktur Hamas, termasuk di permukaan mahupun bawah tanah/Foto AFP

BAITULMAQDIS, 5 Mei - Rejim Zionis Israel mengesahkan akan mengerahkan puluhan ribu tentera simpanan untuk memperluas operasi ketenteraan di Gaza.

Ketua Tentera Israel, Eyal Zamir berkata, langkah itu akan dilaksanakan minggu ini sebagai sebahagian usaha memperhebat serangan di wilayah berkenaan.

Israel juga nekad memusnahkan semua infrastruktur Hamas, termasuk di permukaan mahupun bawah tanah.

Setakat 5 Mei, jumlah korban di Gaza akibat serangan berterusan rejim Zionis Israel telah melebihi 61,700 orang, menurut laporan Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Angka ini termasuk ribuan individu yang masih hilang di bawah runtuhan bangunan dan dianggap telah terkorban.

Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan bahawa lebih 118,000 orang cedera, manakala lebih separuh daripada mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.- AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN