POLAND, 18 Disember -Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy tiba di Poland pada malam Khamis bagi mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi negara itu.
Lawatan itu dilakukan selepas beliau menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels yang membincangkan penggunaan aset Rusia yang dibekukan bagi menyokong keperluan Ukraine.
Perbincangan di Brussels turut menumpukan usaha meyakinkan Belgium dan beberapa negara lain agar menyokong pelan berkenaan.
Ia termasuk perkongsian risiko undang-undang dan kewangan di peringkat Eropah.
Pada Jumaat, Zelenskiy dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Poland, Karol Nawrocki serta Perdana Menteri, Donald Tusk di Warsaw. -REUTERS