fb fb fb fb fb

Tentera udara Perancis hantar 400,000 vaksin, bendung penyakit kulit lembu

Ratusan ribu vaksin dimuatkan ke dalam pesawat pengangkut tentera Airbus A400 / REUTERS

RENNES, 19 Disember -Tentera Udara Perancis menerbangkan 400,000 dos vaksin ke selatan Perancis bagi membendung penularan penyakit kulit berbonjol (lumpy skin disease) dalam ternakan lembu.

Vaksin berkenaan dihantar ke Toulouse sebagai sebahagian daripada program vaksinasi melibatkan kira-kira 750,000 ekor lembu.

Vaksin berkenaan dibeli dari Belanda, dibawa ke Rennes melalui jalan darat sebelum diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut tentera Airbus A400.

Menteri Pertahanan Perancis, Catherine Vautrin berkata, operasi itu memberi tumpuan khusus kepada wilayah Ariège, dengan sasaran semua ternakan divaksin sebelum 31 Disember.

Jelas beliau, 25 petugas digerakkan dalam operasi antara kementerian dengan sokongan penuh tentera udara.

Pihak berkuasa turut memperketat kawalan bagi mengekang penularan wabak serta melaksanakan pelan bantuan melebihi €10 juta untuk ladang kecil terjejas.

Penyakit kulit berbonjol ialah penyakit virus yang tidak berjangkit kepada manusia dan merebak dalam kalangan lembu.

Sebanyak 113 wabak dikenal pasti setakat pertengahan Disember. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN