(Foto fail bekas pemimpin Al-Qaeda Osama Bin Laden (kiri) dan penyandang
Ayman al-Zawahiri (kanan)/AFP)
WASHINGTON, 2 Ogos- Pemimpin Al-Qaesa, Ayman al-Zawahiri dilaporkan terbunuh dalam dua serangan peluru berpandu yang disasarkan ke kediamannya di Kabul – namun gambar yang ada tidak menunjukkan kesan atau tanda-tanda letupan.
Pegawai Amerika Syarikat juga berkata, tiada kecederaan dilaporkan.
Jika benar, ia menunjukkan AS menggunakan Hellfire R9X, peluru berpandu tanpa kepala peledak yang dipercayai dilengkapi dengan enam bilah pisau seperti 'pisau cukur' dari fiuslaj yang menyerang sasarannya tetapi misil tidak meletup.
Tidak pernah diakui secara terbuka sama ada oleh Pentagon atau CIA -- dua agensi AS yang diketahui melakukan pembunuhan terancang terhadap pemimpin pelampau -- R9X pertama kali diketahui pada Mac 2017 apabila pemimpin kanan Al-Qaeda, Abu al-Khayr al-Masri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron semasa perjalanan menaiki kereta di Syria.
Gambar pada kenderaan menunjukkan lubang besar dari bumbung dan semua bahagian dalaman kereta termasuk secara fizikal seperti dicincang. Namun bahagian hadapan dan belakang kereta dilihat kekal utuh.
Sehingga itu, kemampuan peluru berpandu Hellfire mula diketahui berbanding peluru berpandu yang diketahui umum mampu menghasilkan letupan yang kuat dan selalunya menyebabkan kerosakan dan kematian serius.
Butiran mengenai senjata misteri yang digelar "ginsu terbang” itu bocor, selepas tersebar iklan televisyen terkenal pada 1980-an untuk jenama pisau Jepun yang mampu memotong tin aluminium dengan kemas dan ketajamannya kekal sempurna.
Juga dipanggil “bom ninja”, peluru berpandu itu menjadi senjata pilihan AS untuk membunuh pemimpin kumpulan pelampau disamping mengelak kematian kalangan orang awam.
Keadaan itu dilihat apa yang berlaku terhadap Zawahiri.
(Poster Ketua Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri selepas pemimpin itu dilaporkan
dibunuh dalam operasi antipengganas AS/AFP)
Seorang pegawai AS memberitahu kepada pemberita pada pagi 31 Julai, Zawahiri sedang berdiri berseorangan di balkoni kediamannya di Kabul, dan ketika itu peluru berpandu jenis itu disasarkan ke lokasi tersebut.
Gambar di bangunan itu menunjukkan hanya satu tingkap di satu bahagian tingkat hancur, namun seluruh bangunan, termasuk tingkap di tingkat lain, boleh dikatakan tidak terjejas dengan serius.
Presiden AS Joe Biden semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah berjaya membunuh ketua Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri, salah seorang yang dilabel pengganas paling dikehendaki di dunia dan dalang serangan 11 September 2001, dalam serangan dron di Kabul. -AFP