BEIJING, 2 Ogos - China menegaskan rondaan udara tenteranya di perairan wilayah China dan Taiwan sebagai rutin biasa melindungi kedaulatan negara dan wilayahnya.
Ia juga bertujuan mempromosikan pembangunan mendalam latihan pertempuran sebenar maritim dan meningkatkan keupayaannya untuk menyelesaikan ancaman keselamatan yang berbeza.
Jurucakap Tentera Udara China, Shin Jinke berkata rondaan tersebut termasuklah mengerakkan jet pejuangnya mengelilingi kawasan yang dipanggil pulau penting.
Katanya, ia adalah tindakan pasukannya yang sentiasa mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan hak maritim.
Rondaan tersebut bagaimanapun mencetuskan rasa kurang senang Taiwan yang menyifatkannya sebagai provokasi terbaharu China menjelang lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke beberapa negara Asia termasuk Taiwan minggu ini.
China melihat pertemuan antara pegawai Amerika itu sebagai tindakan sokongan untuk pengiktirafan kemerdekaan Taiwan.-AFP