fb fb fb fb fb

Sri Lanka minta bantuan segera, tangani kekurangan makanan kepada kanak-kanak

(FOTO FAIL AFP)

COLOMBO, 2 Ogos - Sri Lanka mengeluarkan rayuan segera bagi menangani masalah kekurangan zat makanan yang menular dengan pantas dalam kalangan kanak-kanak negara itu, ketika krisis ekonomi menyebabkan sembilan daripada 10 orang bergantung kepada pemberian kerajaan.

Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak berkata mereka sedang mencari sumbangan peribadi untuk memberi makan kepada mungkin beberapa ratus ribu kanak-kanak yang menjadi lemah akibat makanan yang tidak mencukupi.

(FOTO FAIL AFP)

Negara muflis yang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak merdeka itu tidak dapat mengekalkan kebajikan kepada rakyatnya.

"Apabila wabak COVID-19 berada di kemuncaknya, masalahnya teruk, tetapi sekarang, dengan krisis ekonomi, keadaannya jauh lebih teruk," kata setiausaha, Neil Bandara Hapuhinne.

Hapuhinne berkata, seramai 127,000 kanak-kanak kekurangan zat makanan dalam kalangan 570,000 kanak-kanak perempuan dan lelaki di bawah usia lima tahun pada pertengahan 2021.

Sejak itu, beliau menganggarkan jumlah itu meningkat beberapa kali ganda dengan kesan penuh inflasi yang berleluasa dan kekurangan makanan serta keperluan lain yang teruk.-AFP

Media Baharu